Zakar Terlalu Besar , Wanita Minta Cerai Selepas Seminggu Kahwin

Zakar Terlalu Besar, Wanita Minta Cerai Selepas Seminggu Kahwin




NIGERIA – Baru seminggu berkahwin tetapi seorang wanita, Aisha Dannupawa sudah meminta cerai daripada suaminya Ali Maizinari. Puncanya adalah kerana lelaki itu mempunyai zakar yang terlalu besar.

Aisha yang juga seorang surirumah dan merupakan janda anak tiga sebelum mengahwini Ali, mengemukakan tuntutan cerai itu di mahkamah syariah di bandar Zamfara.

Dia mengahwini Ali selepas perkahwinan pertamanya gagal dan pada malam pertama mereka, Aisha memberitahu mahkamah bahawa dia terpaksa menahan kesakitan serta trauma ketika melakukan hubungan seks.

“Ia umpama mimpi ngeri. Saya sepatutnya menikmati malam pertama kami tetapi keadaan sebaliknya kerana zakarnya terlalu besar menyebabkan saya mengalami kesakitan,’’ katanya.

Aisha kemudian memaklumkan perkara itu kepada ibu mertuanya namun dia diminta bertahan dan diberikan ubat.

Selepas itu, Aisha mencuba ubat yang diberikan oleh mertuanya namun dia tetap merasakan kesakitan.

“Kesakitan yang saya alami tidak tertanggung dan tiada ubat yang dapat menghilangkan keadaan berkenaan,’’ katanya.

Dalam pada itu, Ali tidak menafikan perkara berkenaan dan bersetuju untuk menceraikan Aisha, namun dengan satu syarat semua wang hantaran dipulangkan semula.- MYNEWSHUB.cc
lambat pancut, tahan lama & lambat keluar air mani
0 Komentar untuk "Zakar Terlalu Besar , Wanita Minta Cerai Selepas Seminggu Kahwin"

Back To Top