Najib Dijangka ‘Tumbang’ Lebih Awal ?


Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang kini dihimpit pelbagai kontroversi, dijangka berundur daripada kerusi perdana menteri lebih awal daripada tempoh setahun yang diramalkan, lapor The Economist.



Laporan itu muncul susulan kontroversi demi kontroversi yang semakin berlarutan melanda kepemimpinan beliau, khususnya hutang syarikat pelaburan nasional 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Beberapa pihak merasakan bahawa musuh beliau dalam Umno – sekarang dikatakan menyokong Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin – perlu menunggu setahun lagi untuk mendapat sokongan penuh untuk mencabar kepimpinan.

“Tetapi mereka boleh memilih bergerak lebih awal daripada itu,” lapor mingguan niaga berpengaruh itu lagi.

Petikan laporan Malaysian Insider:

Datuk Seri Najib Razak yang sedang dirundung masalah mungkin menghadapi cabaran kepimpinan tidak lama lagi, lapor akhbar The Economist.

Penentang beliau dalam Umno mungkin akan berdiri teguh menyatakan sokongan kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, susulan masalah besar dihadapi dana pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang merupakan idea perdana menteri 6 tahun lalu.

Mengambil maklum yang Najib ketika ini berada dalam keadaan tidak stabil sejak pilihan raya umum (PRU) lepas, akhbar Britain itu berkata, hutang 1MDB sebanyak RM42 bilion menjadikan Najib sasaran mudah.

Tetapi walaupun pembangkang bertali arus menyerangnya berhubung isu 1MDB, akhbar itu berkata, Najib mungkin lebih bimbang tentang kritikan yang diterima dari dalam Umno, terutamanya puak yang memihak kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

The Economist menggambarkan Dr Mahathir sebagai “bekas perdana menteri yang campur tangan dan gatal mahu Najib berundur” dan beliau selama ini merupakan salah seorang paling lantang mengkritik 1MDB.

Memburukkan lagi masalah itu, pada Januari, sokongan terhadap Najib jatuh ke paras rendah yang baharu pada 44%.

Kejatuhan itu akan mempercepatkan gerakan untuk menukar kepimpinan di kalangan penentang Najib dalam parti yang mungkin selama setahun ini menunggu mendapatkan lebih banyak sokongan, katanya
lambat pancut, tahan lama & lambat keluar air mani
0 Komentar untuk "Najib Dijangka ‘Tumbang’ Lebih Awal ?"

Back To Top