PENJAWAT AWAM HARAPKAN BONUS RAYA - PENENTU BN MENANG PILIHAN RAYA KE 13 ?






Desas -Desus telah mula terasa dan persoalannya apakah status BONUS RAYA 2012 UNTUK PENJAWAT AWAM? | Betul ke ada bonus Raya 2012 untuk kakitangan awam seperti didakwa sesetengah pihak yang menyebarkannya di laman Facebook? Keadaan ini turun melibatkan tuduhan kepada Bernama yang mengeluarkan kenyataan tersebut namun dinafikan sekeras-kerasnya.

Bernama menegaskan mereka tidak mengeluarkan berita yang melaporkan kononnya kerajaan akan memberi bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada semua penjawat awam untuk sambutan Aidilfitri tahun ini.

Kami mula berpendapat mungkin ahli penjawat awam sudah tidak sabar untuk menunggu bonus pada 2012 dan telah terkeliru dengan maklumat di Berita Harian dan myMetro

Dengan situasi kini yang menjangkakan PRU 13 semakin hampir, tidak kurang juga desas desus ramalan Bonus Raya 2012 adalah lebih berbanding tahun sebelumnya. Malah turut menjadi khabar angin bahawa Bonus Raya 2012 adalah sejumlah sebulan gaji.
0 Komentar untuk "PENJAWAT AWAM HARAPKAN BONUS RAYA - PENENTU BN MENANG PILIHAN RAYA KE 13 ?"

Back To Top