Bazir RM25 juta untuk 2 panda, kerajaan patut naik taraf zoo



KUALA LUMPUR 17 Julai: Kerajaan tidak perlu membazir puluhan juta ringgit semata-mata membawa masuk dua ekor panda dari China sebaliknya menggunakan dana itu untuk menaik taraf zoo.

Presiden Persatuan Kebajikan Haiwan Malaysia, Shenaaz Khan berkata, zoo di Malaysia masih banyak kekurangan akibat peruntukan terhad dan kebanyakan beroperasi mengguna dana sendiri.

“Kita lihat saja di Zoo Negara dan Zoo Melaka. Keadaannya begitu kritikal disebabkan kerajaan tidak memberi perhatian serius. Sepatutnya zoo-zoo inilah yang perlu diberi peruntukan bukan untuk panda,” katanya ketika dihubungi.
0 Komentar untuk "Bazir RM25 juta untuk 2 panda, kerajaan patut naik taraf zoo"

Back To Top