Besarkan Payudara Tanpa Pembedahan

Anda nak besarkan payudara? Tak kisah lah anda lelaki ke perempuan, anda boleh berbuat demikian tanpa perbedahan pun. Makan ubat hormon pun tak perlu. Anda perlu jumpa David Knight, pakar pukau atau hipnosis. Tak caya baca berita di bawah.hihi....



LONDON - Seorang pakar hipnosis atau pukau di Britain, David Knight mendakwa dia dapat membesarkan payu dara wanita dengan memukau mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Knight menyatakan, kaedah pukau yang dicipta olehnya berhasil terhadap 85 peratus wanita manakala hampir separuh daripada mereka memakai coli lebih besar selepas mengikuti rawatan tersebut.

Dia turut merakamkan kaedah tersebut dalam bentuk cakera padat yang dijual kepada orang ramai dengan jaminan wang akan dikembalikan sekiranya ia tidak berhasil.

Sebagai pengamal hipnosis, Knight telah mengadakan 4,000 persembahan pentas secara profesional di Britain dan luar negara selain memukau lebih 40,000 sukarelawan. - Agensi
0 Komentar untuk "Besarkan Payudara Tanpa Pembedahan"

Back To Top