Video Ibu Dera Anak Dengan Kejam !!!

Panas di laman sosial atas penyebaran video "Ibu dera anak di Sepang". Saya yakin Ibu terbabit mempunyai masalah keluarga iaitu masalah bersama suami mungkin dan anak menjadi mangsa. Sedih dengan sikap ibu seperti ini. Kerana suami anak menjadi mangsa. (Tak sanggup nak tengok sampai habis bila melihatkan anak perempuan yang mungkin dalam lingkungan usia 6 bulan dipukul, dihentak dan ditampar bertubi-tubi oleh ibunya sendiri. Mengetap bibir saya dibuatnya. Sedih bila melihatkan si anak didera sebegitu.





Katanya si ibu kejam ni menetap di Sepang dan telah pun ditangkap dan menerima hukuman penjara selama 18 bulan bermula dari tarikh tangkapan dibuat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. Dikatakan juga si ibu kejam ni tak berapa betul sangat. Anaknya sekarang dijaga oleh orang lain tapi dalam keadaan trauma akibat tindakan ibunya. Untuk makluman, tukang rakam video ni sebenarnya dah cuba halang dari awal tetapi dibelasah oleh si ibu tak waras ni. Jadi tukang rakam ni merakam perbuatan tak berperikemanusiaan si ibu secara senyap-senyap untuk dijadikan bukti kepada pihak berkuasa.
0 Komentar untuk "Video Ibu Dera Anak Dengan Kejam !!!"

Back To Top