Biodata dan Latar Belakang Nurul Izzah

Bioadat Profile Nurul Izzah



Nurul Izzah Anwar merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai penggal kedua. Sebelum berkhidmat sebagai Ahli Parlimen, beliau merupakan dan masih lagi seorang pendokong hak-hak asasi manusia dan sivil, dengan mengutamakan hak-hak tahanan politik; memperjuangkan agenda reformasi yang holistik demi mempertahankan ruang lingkup demokrasi di Malaysia.

Beliau berpengalaman bekerjasama dengan pelbagai agensi dan institusi dalam kerja-kerja sokongan masyarakat, antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Women Leaders International Forum (WILF) dan Freidrich-Ebert Stifung (FES). Beliau telah memperjuangkan hak tahanan-tahanan politik Malaysia dan gerakan-gerakan hak asasi manusia di peringkat antarabangsa, antara pencapaian penting ialah penglibatan dalam sesi utama di Suruhanjaya Hak Asasi Manusi ke 55 di Geneva.

Karier politik Nurul Izzah bermula dengan penubuhan Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN) pada tahun 1999 , di mana beliau memainkan peranan penting dalam penubuhannya, dan terkini memenangi jawatan Naib Presiden Parti undi tertinggi buat kali kedua, dan juga dilantik sebagai Pengarah Bersama Jawatankuasa Pilihanraya Pusat KEADILAN – jawatan yang dikongsi bersama Dato Saifuddin Nasution (mantan Setiausaha Agung KEADILAN).

Beliau mengasaskan Kaukus Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan Kaukus Wanita. Beliau juga memegang jawatan Bendahari Kehormat untuk Kesatuan Antara-Parlimen Malaysia (IPU). Beliau bertanggungjawab mengusulkan Rang Undang-undang Parlimen bagi memansuhkan Deklarasi Darurat di Malaysia, termasuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kedua-dua usul ini digunakan oleh Perdana Menteri Malaysia enam bulan kemudian, walaupun pelbagai undang-undang baru kemudiannya diperkenalkan demi mempertahankan rejim separa autokratik Malaysia.

Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Diwan Reformasi, Demokrasi dan Inisiatif Sosial serta telah mengasaskan Akademi Manusiawi, sebuah pusat latihan aktivis dan ahli politik muda.

Sebelum aktif bidang politik, Nurul Izzah lulus Ijazah Sarjana daripada Universiti John Hopkins dalam bidang Hubungan Antarabangsa. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik daripada Universiti Tenaga Nasional, dua hari selepas bapa beliau, Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara selama 6 tahun.

Nurul Izzah menulis secara aktif dalam ruangannya sendiri dengan akhbar Sinar – yang dijadikan madah penerangan dan cetusan idea kepada rakyat. Beliau paling sibuk apabila melayan puteri dan putera penghibur beliau; Safiyah dan Harith.

——————————————————————————

Nurul Izzah Anwar is the current, second-term Member of Parliament for Lembah Pantai. Prior to being an MP, Nurul Izzah was and still is a strong proponent of human and civil rights with a special interest in prisoners of conscience; bent on pursuing a holistic reform agenda to expand Malaysia’s democratic space.

She has worked with a number of agencies and institutes on advocacy work, among them are the Malaysian Islamic Youth Movement (ABIM), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Women Leaders International Forum (WLIF) and Friedrich- Ebert Stifung (FES). She has in the past advocated on behalf of Malaysian political prisoners and Malaysian human rights movements at the international level, most noted being an intervention in the main session at the 55th Commission on Human Rights, Geneva.

Her political career began with the creation of the People’s Justice Party (KEADILAN) in 1999 where she played a vital role in its establishment and is currently on her second term as highest ranking Vice President Elect, as well as the party’s Election Director – a post she holds jointly with Dato Saifuddin Nasution (former Party Secretary General).

She is the founding member for the Trans-Pacific Partnership Agreement Caucus; and Women’s Caucus respectively. She also hold the position of Honorary Treasurer on behalf of the Inter-Parliamentary Union Malaysia. She has also moved the Parliamentary Bill in Malaysia’s Parliament to Revoke Emergency Declarations in the country; including the eventual abolishment of the draconian Internal Security Act – all of which were adopted by the Prime Minister six months later. Granted, other laws were then re-introduced; in line with Malaysia’s semi autocratic regime.

She is also the Board of Director for Centre of Reform, Democracy and Social Initiatives and has founded Akademi Manusiawi, a training centre for future activist and politicians.

Prior to entering politics, she earned her Masters’ Degree from the School for Advanced International Studies – John Hopkins University studying International Relations (with specialization in Southeast Asia Studies). Her Bachelors’ Degree was in Electrical and Electronics Engineering from University Tenaga Nasional; she graduated then in 2004, 2 days after her father, Anwar Ibrahim, was released from 6 years of imprisonment.

She actively contributes to the Malay publication Sinar – continuously provoking the electorate with dangerous thoughts on reforming status quo. She is kept extra busy by the presence of two lovely munchkins: Safiyah and Harith.


source : nurulizzah.comnurul izzah
0 Komentar untuk "Biodata dan Latar Belakang Nurul Izzah"

Back To Top