Cara Buat Ais Krim Goreng Yang Sedap


| Biarpun boleh di beli namun tak sama rasanya bila anda cuba membuatnya sendiri. Ais Krim Goreng Homemade pastinya jauh lebih sedap rasanya. Lagipun senang sahaja nak buat sendiri.

Cara Buat Ais Krim Goreng Yang Sedap

Membuat Ais Krim Goreng boleh dijadikan aktiviti hujung minggu bersama anak-anak.  Mereka pasti seronok.


cara buat aiskrim goreng

Bahan-bahan :

Beberapa keping roti putih

Ais krim berperisa

Cawan yang sederhana besar




Cara Membuat :
  •     Letakkan satu sudu aiskrim ke atas lapisan roti pertama (roti bahagian bawah). Jangan letak aiskrim terlalu banyak bimbang sukar ditutup rapat.
  •     Letakkan lapisan roti kedua iaitu roti bahagian atas.
  •     Ambil cawan, terbalikkan dan terapkan pada roti kuat-kuat sehingga menjadi bentuk bulat.
  •     Masukkan ke dalam peti sejuk beku semalaman.
  •     Panaskan minyak dan goreng tidak lebih 10 saat. Tentukan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng.

  • Mudah kan. Jangan lupa mencubanya nanti.
Tag : resepi
0 Komentar untuk "Cara Buat Ais Krim Goreng Yang Sedap "

Back To Top