Siapakah Mat Said Sebenarnya





Siapakah mat said sebenarnya? Bagamanaikah orangnya? Bagi ambe mat said bukan calang-calang orang. beliau merupakan seorang yang berpegang pada prinsip setiap kata-katanya mesti di kota.

Ambe teringat kisah lama sewaktu dia mengajak dato’ wahid endut  “gocoh” ketika di dalam dewan negeri telah lama dulu. Ya, itulah mat said seorang yang tegas pada pendirian dan prinsip.

Mat said bukan masalah sebenar kepada isu yang melanda terangganu sekarang tapi sikap pimpinan umno tertinggi lah menjadi punca utama. Pimpinan umno gagal mengesan masalah yang akan timbul akibat dari keputusan mereka.

Seperti yang dilaporkan malaysiakini mat said meminta pertukaran Mb dilakukan selepas perkahwinan anaknya. Mungkin bagi mereka itu hanya isu peribadi tapi tidak bagi mat said kerana ia bukan hanya melibatkan dia seorang saja malah maruah keluarganya juga terlibat sama.

Cuba kita letakkan diri kita di tempat mat said. Ambil contoh begini kamu merupakan pengarah sebuah jabatan kerajaan. Kamu telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi ya mungkin kamu ada melakukan kesilapan actually semua orang pernah melakukan kesilapan. Di sebabkan kesilapan itu kamu di turunkan pangkat.

Kamu meminta supaya tarikh penguatkuasan turun pangkat tersebut di tunda ke tarikh selepas perkahwinan anak kamu yang akan berlansung lebih kurang seminggu lagi. Tapi mereka kata “0oo itu isu peribadi”. Apa yang significantnya tentang perkahwinan ni.

kad jemputan telah di hantar sejak sebulan lepas lagi yang mana kamu telah mencetak Ybrs Tuan pengarah di kad tersebut.. Semua orang kampong dan kenamaan teruja untuk datang ke majlis perkahwinan kerana kamu merupakan seorang pengarah jabatan kerajaan.

 Tapi apabila kamu diturunkan pangkat apakah persepsi orang ramai yang ingin ke majlis kamu?? Orang ramai akan tertanya apakah yang telah kamu lakukan sehingga kamu diturunkan pangkat. Bangunan mana or stadium mana yang kamu bina telah runtuh sehinggakan kamu diturunkan pangkat. Bagaimana pula dengan perasaan besannya nanti. Fikir-fikirkanlah.

“Kebanyakan bangunan yang runtuh di terenganu di mulakan pada Zaman Deris Jusoh bukan zaman mat said”

Mat said bukan tidak mahu mengudurkan diri tapi dia meminta di tangguhkan untuk beberapa hari lagi itu saja. Natijahnya..hurm.

Kegagalan pimpinan umno untuk mengesan masalah yang akan timbullah menyebabkan politik di Terengganu bergolak. Dan kita menyerahkan kepada mereka untuk membuat keputusan Negara? Perjanjian TPPA apa natijahnya jika mereka gagal mengesan masalah yang akan timbul?MH370?

isu ini juga kita dapat tengok keegoan pimpinan umno macam selalu. Apa salahnya tangguh beberapa hari lagi.Yang pasti mat said dan rakan-rakan akan tetap dengan pendirian mereka kerana ini sahaja jalan untuk mengajar pimpinan umno dan mengembalikan maruah mereka. -Rasa Simpati kepada mat said dan keluarga.
0 Komentar untuk "Siapakah Mat Said Sebenarnya"

Back To Top