Jualan Video Seks Kim Kardashian Naik Mendadak







Sudah bukan menjadi rahsia lagi jika populariti yang kecapi Kim Kardashian bermula dari tersebarnya video seks beliau ketika ia masih berhubungan dengan Ray J. Dan...

setelah berita kehamilan Kim diumumkan, penjualan video adegan mengiurkan selebriti ini dikhabarkan naik mendadak. Kekasih Kim ketika ini, Kanye West, mengkhabarkan berita bahagia akan kehamilan buah hatinya itu minggu lalu. Sejak berita tersebut tersebar luas, syarikat yang memiliki hak menjual video seks Kim Kardashian dan Ray J iaitu Vivid Entertainment, melaporkan yang perniagaan mereka berkembang pesat.

Salah seorang wakil Vivid mengakui, kali terakhir video seks Kim dicari pelanggan ketika Kim Kardashian bernikah dengan Kris Humphries pada 2011 lalu. Kemudian penjualan meningkat kembali ketika bintang 'Keeping Up With the Kardashians' itu dikabarkan menjalin hubungan dengan Kanye West.
"Penjualan DVD, online dan 'video-on-demand' naik secara konsisten setiap bulan," beritahu sumber itu kepada ShowbizSpy.

Video seks Kim Kadarshian bersama Ray J dirakam ketika mereka menjalin hubungan pada 2003. Empat tahun kemudian, video tersebut tersebar luas lantas kontroversi itu menjadi bualan hangat ramai.
Sementara itu dalam satu laporan lain, timbul spekulasi yang Kim Kardashian sebenarnya sudah menjalin hubungan cinta dengan Kanye West sejak sebelum dia rasmi bercerai Kris Humphris.


Kim dan Kris mulai berpacaran pada Oktober 2010, dan mereka berkahwin di Montecito, California pada 20 Ogos 2011. Namun rumah tangga mereka tidak berjalan dengan baik. Pasangan itu bercerai hanya selepas 72 hari menjadi suami isteri.
0 Komentar untuk "Jualan Video Seks Kim Kardashian Naik Mendadak"

Back To Top