Datuk Sharifah Aini Dirawat Di Hospital Kerana Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru



Datuk Sharifah Aini dikhabarkan kini sedang dirawat di sebuah hospital swasta kerana jangkitan kuman pada paru-parunya. Perkhabaran ini kami perolehi melalui laman sosial facebook rasmi beliau DATUK SHARIFAH AINI (The Official Fan Page) yang telah dicatatkan oleh seorang sahabat baik beliau Khalilah Dato' Mohd Talha.


Salam sejahtera keluarga FB yang sangat saya kasihi....saya Khalilah Dato' Mohd Talha sahabat baik kepada Datuk Sharifah Aini mendapat kebenaran beliau mengguna kan account beliau untuk memberi tahu anda yang Datuk Sharifah Aini kini sedang di rawat di Hospital Swasta dan di sah kan hari ini olih Doktor peribadi beliau yang paru paru beliau telah dijangkiti kuman dan pohon doa kan untuk kesejahteraan beliau....Datuk meminta saya menyampaikan salam kasih nya kepada anda semua! Wassalam.





0 Komentar untuk "Datuk Sharifah Aini Dirawat Di Hospital Kerana Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru"

Back To Top