Safee Sali Cerai Talak Satu Dengan Isterimya




Memetik daripada sumber Utusan, Pemain bola sepak negara, Safee Sali sah bercerai talak satu dengan isterinya, Sabarina Yusof di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, semalam. Safee melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie Fouzi Mokhtar dalam satu prosiding tertutup dengan kehadiran peguam kedua-dua pihak.

Tidak dapat dipastikan apa sebab utama keretakan rumahtangga berkenaan, adakah ianya menyangkut soal kerjaya Safee sendiri atau pun hal pribadi yang lain. Safee dan Sabarina mempunyai 2 anak perempuan (Nur Syaza Syaqina, 3, dan Nursyasya Safirna, 1)

Mereka telah mendirikan rumah tangga pada 2007 selepas berkenalan ketika Safee beraksi bersama Sarawak dalam saingan Liga Perdana.
0 Komentar untuk "Safee Sali Cerai Talak Satu Dengan Isterimya"

Back To Top