Gambar Perkahwinan Ana Rafali


Dengan sekali lafaz, penyanyi Ana Raffali, 26, sah bergelar isteri kepada Ahmad Aznaim Abdullah, 30, selepas menyulam cinta selama tujuh tahun.
Majlis pernikahan mereka diadakan di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati,kira-kira pukul 12 tengah hari Sabtu.

Ana Raffali Kahwin GAMBAR KAHWIN ANA RAFFALI
Pasangan tersebut berwali dan dinikahkan oleh bapa Ana, Mohd Raffali Mohd Nor dengan disaksikan oleh Jurunikah Masjid Al-Hidayah, Abdullah Mat.
Acara sebelum itu dimulakan dengan majlis pertunangan antara Ana dan Naim pada pukul 11 pagi.
Majlis dihadiri kira-kira 500 jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga kedua-dua pasangan pengantin dan wakil media.
I1P5o GAMBAR KAHWIN ANA RAFFALI
Pengantin perempuan menerima RM11,412 sebagai mas kahwin dan wang hantaran daripada pihak lelaki.
Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.
Antara barang hantaran yang diberikan oleh pihak perempuan kepada lelaki adalah seperti bunga rampai, buah, kek, dompet, kamera, iPad, jam tangan dan minyak wangi, sebentuk cincin dan sirih junjung.
r8dhS GAMBAR KAHWIN ANA RAFFALI
Manakala Naim membalas dengan sirih junjung, coklat, telekung, minyak wangi, manisan dan gelang tangan perak.
Kesemua hantaran itu direka dan digubah sendiri oleh Ana.
cvZbO GAMBAR KAHWIN ANA RAFFALI
Ana tampak anggun dengan mengenakan busana baju kurung moden rekaan pereka fesyen, Ezuwan Ismail dari rona kelabu manakala Naim segak dengan baju Melayu lengkap bersamping dengan warna sedondon dari pereka sama.
Sementara itu, majlis resepsi perkahwinan mereka turut diadakan di tempat sama sejurus selepas majlis pernikahan.


sumber : beautifulnara


0 Komentar untuk "Gambar Perkahwinan Ana Rafali"

Back To Top