Nota Murid Bongkar Rahsia Cikgu Gila Seks


         BEBERAPA keping salinan gambar menunjukkan kelakuan buruk seorang guru  di Batu Caves, Selangor.

“Cikgu membisikkan perkataan kotor di telinga saya dan bertindak menyelak baju sehingga butang tercabut.” 
Demikian catatan seorang murid perempuan di sebuah sekolah rendah di Batu Caves dekat sini yang mendakwa  mendapat gangguan seksual dan kerap dimaki oleh seorang guru lelaki sejak kira-kira dua tahun lalu.
Selain itu, guru berkenaan didakwa berkelakuan pelik apabila kerap menampar dan menendang kaki murid-murid lelaki dan perempuan di sekolah tersebut sesuka hati tanpa sebarang sebab.

Seorang bapa kepada salah seorang mangsa, Hairul Jasry Jamaluddin, 30, mendakwa, anaknya risau setiap kali hendak ke sekolah sejak akhir-akhir ini ekoran perbuatan guru tersebut.

“Saya telah buat aduan kepada pihak sekolah setelah membaca catatan pada nota anak saya.

“Bagaimanapun, saya kurang puas hati kerana pihak sekolah tidak mengambil tindakan dan saya kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dua hari lalu,” katanya di pejabat Kosmo! di sini semalam.
Seorang lagi bapa, Sujari Hassan, 42, mendakwa, anaknya telah beberapa kali mengadu tentang kelakuan guru tersebut sejak tiga bulan lalu.

“Saya terkejut apabila dimaklumkan oleh anak saya bahawa guru itu menyelak kain dan cuba memegang kemaluannya di hadapan rakan yang lain,” katanya.

Seorang lagi pengadu, Mohd. Safee Soefjan, 47,  berkata, beberapa guru di sekolah itu mengakui sikap pelik guru  terbabit dan mereka turut mempunyai bukti termasuk catatan  beberapa mangsa.

-kosmo online-
0 Komentar untuk "Nota Murid Bongkar Rahsia Cikgu Gila Seks"

Back To Top