Kila Fairy (Angelina Jolie Malaysia) Semakin Panas & Seksi

Gambar Kila Fairy menjadi sebutan digelar Angelina Jolie Malaysia, memang semakin panas dan seksi! Betul ke Kila Fairy ni memang gedik dan suka tayang body? Ntah la..


Kila Fairy Suka Digelar Angelina Jolie Malaysia

Menerima jolokan gelaran "Angelina Jolie Malaysia", Kila Fairy kini semakin berani tampil seksi di khalayak umum dan juga filem terkini lakonan beliau, Karak arahan Yusry Abdul Halim. kami sempat bertanyakan pengalaman kali pertama anak kepada penyanyi Rayuanku, Rohana Jalil ini berlakon dalam filem terkini terbitan KRU Studios ketika sidang media usai tayangan filem itu malam tadi.


“Kila rasa seronok sangat dapat berlakon dalam filem Karak ini kerana ia merupakan filem pertama yang melibatkan Kila, lagi-lagi untuk filem seram seperti ini. Kila memang orangnya penakut, sangat penakut. Tetapi berkat tunjuk ajar dari Yusry selaku pengarah filem dan juga rakan artis lain seperti Sheera, Shahir, Along Ezandy dan Sidek Hussin; Kila rasa sangat ‘enjoy’ berlakon bersama mereka , dan banyak yang Kila belajar walaupun rasanya masih terlalu mentah dalam industri ini.”

Artis baru yang semakin melonjak namanya dengan jolokan ‘seksi’ dan ‘menggoda’ ini seolah-olah mengesahkan gelaran yang di berikan kepadanya melalui filem ini. Semuanya gara-gara melakonkan aksi panas ‘berkemban’ dalam salah satu babak untuk filem Karak ini. Ketika ditanya adakah Kila rela melakonkan babak sebegitu, Kila terus menjelaskan bahawa beliau tidak menjangkakan keadaan seperti itu yang akan berlaku.



 Gambar Kila Fairy Yang Seksi dan Menggoda Semasa Tayangan Filem Karak


Kila Fairy Berkemban Dalam Filem Karak (Nak Tayang La tu..)

“Apabila Yusry menawarkan Kila berlakon dalam filem ini, Kila tak tahu pun bakal melakonkan babak berkemban itu, tetapi selepas membaca skrip, baru Kila menyedarinya. Babak itu Kila kena lakukan kerana ia adalah pengalaman sebenar yang diceritan orang kepada Yusry dan sebagai pelakon baru, Kila cuba yang terbaik untuk merealisasikan realiti seram itu ke dalam bentuk filem.”



 Gambar Kila Fairy Yang Ala Tayang Body dan Gedik?



“Tapi, Kila cuba untuk cari inisiatif lain untuk tidak terlalu terdedah, sebab itu lah Kila ‘request’ tuala. Kila tak mahu nampak seksi. Kila jamin, ini adalah ‘the first and the last’. Jika selepas ini Kila ditawarkan untuk melakonkan babak ‘panas’ seperti itu, Kila akan tolak. Kila ingin dikenali kerana bakat bukan kerana nampak murah,” ujar Kila lagi.

Kepada peminat Kila Fairy yang nak tahu sejauh mana ke’seksi’an artis berbibir seksi ini di ganggu hantu, jangan lepaskan peluang menonton filem Karak yang kini ditayangkan di pawagam berhampiran anda.
0 Komentar untuk "Kila Fairy (Angelina Jolie Malaysia) Semakin Panas & Seksi"

Back To Top