Pelajar Universiti Oxford Bogel


LONDON - Sebanyak 60 pelajar Universiti Oxford di Britain berbogel untuk program menerbitkan kalendar amal, lapor sebuah akhbar semalam. 
Mereka berbuat demikian untuk membantu pertubuhan kebajikan TravelAid mengumpulkan wang bagi membiayai pelajar universiti itu yang melakukan kerja sukarelawan di luar negara.Kalendar itu dijual pada minggu lalu.

Pertubuhan itu telah diberikan kebenaran oleh pihak pengurusan universiti untuk merakamkan gambar bogel pelajar.Pengarah pertubuhan itu, Catherine Little berkata: "Idea itu datang dengan tiba-tiba dan saya memikirkannya kenapa ia tidak dilakukan?


"Kakitangan universiti memberi banyak sokongan dan mereka seronok melihat kalendar itu."
Gambar yang dirakamkan itu menunjukkan pelajar universiti tersebut melakukan pelbagai aksi seperti bermain alat muzik, berjalan dan berada dalam bilik asrama dalam keadaan bogel. - Agensi

sumber : kosmo




sumber gambar : dailymail
0 Komentar untuk "Pelajar Universiti Oxford Bogel"

Back To Top