Gambar Bogel Lindsay Lohan di Twitter


GAMBAR di laman Twitter menunjukkan Lohan berbogel.


LOS ANGELES - Pelakon terkenal, Lindsay Lohan menyiarkan gambar bogelnya di laman sosial Twitter, lapor sebuah akhbar semalam.

Bagaimanapun, payu dara Lohan dilindungi oleh rambutnya yang panjang.

Gambar itu dirakamkan ketika Lohan yang pernah berlakon dalam filem Mean Girls berada di set penggambaran iklan sebuah syarikat kosmetik.

Dalam ruang laman sosial Twitter itu Lohan menyatakan gambar tersebut sudah lama dirakamkan.

Baru-baru ini pelakon itu bercuti di London tetapi dia sudah kembali ke Amerika Syarikat (AS).

Namun, ketika berada di London, dia mencetuskan kontroversi kerana barang kemas yang dipinjam dari sebuah syarikat barangan kemas didapati hilang pada awal bulan ini. - Agensi

sumber : kosmo
0 Komentar untuk "Gambar Bogel Lindsay Lohan di Twitter"

Back To Top