Gambar Iklan Nurul Ajai Seksi – Glow Glamour Tarik Balik Iklan

Nurul Wahab ( sekarang dah jadi bekas isteri kepada Ajai) memang banyak le tengok sejak kebelakangan ni dia agak seksi, bukan setakat gambar ni je. Nurul sekarang jadi duta kepada Glow Glamour ( slimming and 
beauty)pusat pelangsingan badan. Kecoh gambar Nurul seksi diambil menjadi gambar promosi Hari Raya Aidilfitri oleh syarikat tersebut. Memang tak sesuai le gambar tu, Nasib baik mereka ni sedar cepat ye, dan ambil tindakan yang sewajarnya- tarik balik iklan tu.
Gambar Nurul dengan baju macam orang berkemban duk di depan gambar macam bentuk masjid..alahaiiii..memang tak sesuaii..lain kali nak letak gambar pilih le yang sesuai dgn budaya dan menjaga sensitiviti masyarakat jugak. Banyak lagi baju yang boleh dipakai yang agak sopan sikit.
Pihak pengurus Nurul bagi penjelasan:
“Memang sebelum ini Nurul ada mengambil beberapa gambar termasuklah gambar yang dijadikan sebagai iklan Hari Raya bagi tujuan promosi Glow-Glamour pada masa akan datang.
“Tetapi Nurul tidak tahu gambar yang terdedah pula menjadi pilihan untuk dipaparkan pada iklan tersebut,”
“Setelah berbincang, mereka telah meminta maaf dan tidak tahu perkara ini boleh menjadi sensitif dan tidak sesuai bagi tujuan promosi Ramadan dan Aidilfitri, tambah pula ada gambar masjid pada paparan iklan Hari Raya itu.
“Malah pusat pelangsingan badan itu telah menarik balik iklan tersebut dan membuat permohonan maaf menerusi laman web mereka dan di akaun Facebook,”

0 Komentar untuk "Gambar Iklan Nurul Ajai Seksi – Glow Glamour Tarik Balik Iklan"

Back To Top