Sememangnya teh hijau bukanlah menjadi pilihan jika anda inginkan sesuatu yang enak dan lazat.
Namun, kelebihannya kepada kesihatan tidak boleh dinafikan. Ia bukan sahaja membantu kesihatan keseluruhan badan, malah mencantikkan kulit, menurunkan berat badan dan sebagainya.
Sudah pasti menjadi berita baik untuk semua wanita mahupun lelaki yang mementingkan penampilan dan kesihatan!
Lihat kelebihan daripada minum teh hijau sebagai rutin harian, menurut majalah Rapi:
Meningkatkan fungsi otak
Teh hijau mengandungi antioksidan yang dapat mencegah kerosakkan pada sel otak yang dapat menyebabkan Alzheimer, AOS dan Parkinson. Apa yang menarik, ia bukan sahaja mencegah sel otak daripada rosak, malah ia mampu memulihkan semula sel yang rosak tersebut.
Mengawal gula dalam badan
Selain boleh menurunkan lemak, teh hijau juga mampu menurunkan kadar gula dalam badan dan jika seseorang itu mengamalkannya secara berterusan. Minuman ini ternyata sesuai bagi mereka yang menghidap penyakit diabetes.
Menenangkan fikiran dan meredakan stress
Stress atau tekanan merupakan masalah yang sangat bahaya. Bermula dengan stress kita berupaya mendapat penyakit lain yang tidak disangka. Oleh itu, rajin-rajinlah untuk minum teh hijau ini kerana ia juga dipercayai mampu menghilangkan stress dan penat. Secawan teh hijau yang panas pastinya akan membuatkan anda kembali tenang dan lebih rileks.
Menurunkan kolesterol
Jutaan orang di seluruh dunia menderita masalah kandungan kolestrol tinggi dan masalah tekanan darah dalam badan. Dan menariknya, teh hijau ini juga dapat membantu mengawal tekanan darah juga menurunkan kadar kolesterol. Sekaligus membantu menurunkan berat badan!
Mengurangkan Risiko Terkena Kanser
Mendengar penyakit kanser sahaja sudah menggerunkan kita. Apatah lagi dengan cara hidup pemakanan sekarang yang mampu mendorong dengan lebih mudah kepada penyakit itu. Dengan mengamalkan minuman teh hijau ini setiap hari, anda mampu meminimumkan risiko terkena kaser kerana kandungan antioksidan yang tinggi terdapat padanya.
(Sumber artikel: Rapi)

Tag :
petua kurus,
tips kurus
0 Komentar untuk "Nak Cantik ? Nak Kurus ? Amalkan Minum Teh Hijau"