Kenali Ciri-Ciri Lelaki Anak Emak
Payah juga, jika si dia 'anak emak', gayanya macho namun ada part yang tak berapa nak macho. Lagi-lagi jika si dia anak tunggal dan ibunya seakan garang. Aduh... takutnya!! Bagaimana nak kenal jika si dia ini 'mommy's boy'?. Jom baca:
Semuanya Dikongsi Dengan Ibu
Segalanya mahu diceritakan kepada ibunya walaupun hal itu terlalu peribadi buat anda. Kadangkala geram kerana tiba-tiba si ibu menelefon kerana ingin membicarakan sesuatu yang tidak memerlukan campur tangannya. Kalau anda sudah tahu, si dia lurus bendul orangnya, make it clear with him. Senaraikan apa yang boleh dikongsi dengan ibunya dan senaraikan apa yang tidak boleh dikongsi.Bincang dengan baik dan katakan padanya rahsia kamu dan dia seharusnya menjadi antara yang paling peribadi. Berikan sedikit ugutan untuk meninggalkannya sekiranya dia tidak mematuhi perjanjian anda berdua.
Manja dan Tidak Berdikari
Kalau sudah nama anak emak, semuanya pasti diselesaikan oleh si ibu, air milo pun ibu yang buatkan. Jangan biarkan si dia terus manja. Sekiranya anda berdua bercadang untuk berkahwin, ajar si dia untuk berdikari. Anda berdua bakal tinggal bersama jadi anda berdua harus membuat peraturan sendiri di rumah yang tidak ada kena mengena langsung dengan ibunya. Kalau kamu lihat baju si dia, elok terletak dan kemas, sekali sekala tanya siapakah yang 'iron', jika jawapan yang diberi adalah mak! Perli si dia supaya lebih bertanggungjawab selepas ini.
Hormat Ibunya
Tunjukkan rasa hormat kepada si ibu. Sekiranya pasangan mendahulukan ibunya sekiranya anda mengajaknya keluar, cuba memahami. Atau mungkin anda boleh mengajak si ibu keluar sekali bersama anda berdua. Sekiranya anda menunjukkan rasa sayang kepada si ibu, pasangan akan lebih menyayangi anda. Kadangkala, ibu akan bersikap protective kerana tidak kenal dengan rakan anak-anaknya. Sekiranya anda menunjukkan sikap yang baik, rasanya tidak ada masalah untuk si ibu memberi sokongan kepada anda berdua.
Jadi BFF dengan Ibunya
Perkara yang paling mudah untuk anda lakukan adalah mengambil hati ibunya dan jadikannya teman baik anda. Ini akan memudahkan kerja anda. Pasangan terlalu mendengar kata ibu, tetapi sekiranya anda bijak mengatur permainan, si ibu akan mendengar kata anda. So, who’s the boss now?
Jadi adakah anda anak emak atau orang yang kamu sayang seorang anak emak?
0 Komentar untuk "Kenali Ciri-Ciri Lelaki Anak Emak"