Phnom Penh: Dua adik beradik warga Amerika ditangkap kerana merakam gambar bogel masing-masing di dalam kompleks kuil Angkor yang terkenal di negara ini, menurut seorang pegawai semalam.
Aksi bogel pelancong itu yang terbaru mencetuskan kemarahan penduduk di negara ini.
Anggota polis Keat Bunthan berkata, wanita terbabit kini disoal siasat.
“Mereka melurutkan seluar sehingga paras lutut dan mengambil gambar punggung masing-masing. Buat masa ini kami belum mengetahui tindakan yang akan dikenakan terhadap mereka,” katanya.
Menurut Apsara - agensi yang menguruskan kompleks berkenaan - dalam satu kenyataan, Lindsey Adams, 22, dan adiknya Leslie, 20, ditemui merakam gambar bogel di dalam kuil Preah Khan, Jumaat lalu.
“Kedua-duanya mengaku melakukan kesilapan apabila mengambil gambar bogel,” kata kenyataan itu.
Jurucakap Apsara, Chau Sun Kerya berkata, tindakan mereka menyinggung penduduk negara ini kerana Angkor Wat dianggap tanah suci.
“Mungkin mereka tidak tahu Angkor ialah tapak suci. Tetapi tindakan mereka menjejaskan kesucian tempat ini,” katanya.
Ini kali kedua dalam hanya dua minggu membabitkan kes seumpama itu, selepas tiga pelancong Perancis ditangkap dalam keadaan bogel di lokasi berkenaan, baru-baru ini.
Mereka dijatuhi hukuman penjara enam bulan yang ditangguhkan pelaksanaannya, selain diharamkan daripada memasuki Kemboja selama empat tahun.
Tiga pelancong itu dihalau dari Kemboja hujung minggu lalu selepas mengaku salah mengambil gambar bogel di salah satu kuil di situ.
Tag :
gambar panas
0 Komentar untuk "Gadis Cantik Rakam Gambar Bogel Dalam Kuil "