5 Cara Mengatasi Cemburu Buta

5 CARA UNTUK MENGATASI CEMBURU BUTA 



Perasaan cemburu adalah perkara normal yang berlaku pada diri sentiap orang kerana perasaan itu dianugerahkan oleh Tuhan kepada setiap umat manusia. Apa yang jadikannya tidak berapa normal adalah apabila seseorang itu gagal mengawal dan atasi perasaan cemburu tersebut berterusan menguasai diri. Lantas perasaan cemburu yang tidak terkawal itu akan mengundang kecelakaan pada kewarasan minda dan tindak balas kita.

Sesetengah pihak beranggapan cemburu itu sebagai “bukti” cinta terhadapa pasangan kita. Namun, haruslah diingatkan, jangan terlalu cemburu kerana cemburu itu boleh menghancurkan sesuatu hubungan dan juga tidak elok untuk hati kita. Hal ini kerana, cemburu adalah salah satu musuh untuk hati sendiri.

Di sini, ada beberapa cara untuk mengatasi cemburu buta yang boleh membantu sedikit sebanyak membantu dalam sesebuah perhubungan.

5 CARA UNTUK MENGATASI CEMBURU BUTA

1) Beri Masa Dan Ruang Untuk Diri Sendiri

- Rasa cemburu selalunya datang beriringan dengan rasa curiga. Ketika perasaan itu mucul, jangan terburu-buru terus menyerang pasangan anda dengan sejuta pertanyaan. Carilah dan tentukan sedikit waktu untuk anda mengatasi sifat cemburu anda. Nilailah setiap kebaikan atau keburukannya pada hubungan anda. Ingati apa kesannya pada anda dan si dia tiapkali anda cemburu.

2) Hormati Pasangan Anda

- Si dia juga sama seperti insan lain, sama seperti anda, punya hak dan berhak untuk menilai kebaikan atau kecantikan orang lain yang berada di sekelilingnya. Penting bagi anda mempercayai pasangan, walaupun ia memang tidak semudah yang diucapkan. Tetapi berfikirlah positif sambil berusaha. Anda boleh membuktikan pada pasangan bahawa anda boleh memegang teguh komitmen bersama.

3) Bina Keyakinan Diri

- Kurang yakin terhadap diri sendiri adalah salah satu punca kepada sikap cemburu buta. Merasa sangsi terhadap pasangan kerana merasakan diri sendiri tidak hebat dan banyak kekurangan boleh meretakkan sesuatu hubungan. Jadi, anda harus yakinkan diri bahawa anda adalah seorang yang mempunyai kualiti serta kelebihan dibandingkan orang lain. Sebelum anda berasa cemburu pada lelaki atau wanita lain, cuba berdiri di hadapan cermin dan yakinlah bahawa anda adalah orang yang paling layak untuk dicintai oleh pasangan, sehingga dia tidak akan berpaling tadah daripada anda.

4) Berfikiran Positif

- Menghilangkan rasa cemburu dengan berfikiran positif. Cuba hilangkan prasangka buruk terhadap pasangan. Tidak perlu memeriksa atau menyelidik telefon bimbit atau diari hariannya. Yakinkan pada diri sendiri, bahawa hanya anda sahaja yang berada dalam jiwanya.

5) Kenalpasti Faktor Penyebab

– Anda harus mengenal pasti apakah sebab musabab yang menyebabkan anda berasa terlalu cemburu terhadap pasangan. Adakah ia disebabkan oleh peristiwa hitam yang pernah berlaku pada anda sebelum ini? Atau anda kurang percaya dan yakin pada pasangan anda? Atau anda kurang yakin pada diri anda sendiri?.

Carilah sebabnya agar anda tahu di manakah puncanya perasaan cemburu buta itu terbit. Selain itu, cubalah untuk terbuka terhadap apa yang anda rasakan. Tetapi pastikan anda melakukannya dengan cara positif.

Sumber
Tag : tips
0 Komentar untuk "5 Cara Mengatasi Cemburu Buta"

Back To Top