Seorang pelajar perempuan UPSI dilihat jatuh sebelum mati ditempat kejadian akibat cedera parah dibahagian bawah pinggang. kejadian berlaku pada jam 5.15 petang 21 april 2012 ketika kebanyakan pelajar tamat kuliah tambahan.
Tekanan perasaan dipercayai menjadi punca pelajar perempuan tahun tiga Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) terjun dari tingkat empat bangunan E-Learning kampus universiti semalam.
Menurut sumber, pelajar berusia 23 tahun dan bakal menamatkan pengajiannya dalam dua semester itu, dipercayai telah mencederakan dirinya sebelum nekad terjun bangunan kerana terdapat kesan darah pada dinding koridor di tingkat empat bangunan di mana pelajar terbabit dipercayai terjun.
Ketika kejadian mangsa berpakaian muslimah, berseluar trek dan bertudung. Menurut rakan-rakannya, sebelum ini pelajar yang berasal dari Johor Bharu itu dilihat murung dan sering bercakap sendirian dan berkemungkinan menghadapi tekanan.
0 Komentar untuk "Gambar Pelajar UPSI Maut Terjun Bangunan 21/1/2012"