Hanya untuk suami saya kata S.Johansson
LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) – Aktres Scarlett Johansson bercakap mengenai skandal gambar bogelnya dalam wawancara bersama majalah hiburan,Vanity Fair kelmarin.
Dalam wawancara itu, Johansson berkata, tidak salah dia merakamkan sendiri foto-foto bogel tersebut kerana koleksi berkenaan adalah untuk suaminya ketika itu, Ryan Reynolds.
“Saya mengetahui sudut terbaik saya. Saya bukannya bergambar untuk majalah lucah. Gambar-gambar ini untuk suami saya. Kalau saya bergambar porno sekali pun, ia bukan satu kesalahan,” kata aktres berkenaan.
Popular menerusi filem The Avengers, aktres berusia 26 tahun itu menjadi mangsa penyebaran gambar-gambar bogelnya di Internet pada September lalu selepas akaun e-mel peribadinya diceroboh penggodam komputer.
Wawancara eksklusif itu disiarkan dalam edisi Disember Vanity Fair yang akan berada di pasaran AS pada 9 November ini.
Reuters
0 Komentar untuk "‘Gambar Bogel itu Hanya Untuk Suami Saya’ Scarlett Johansson"