Penganjur Konsert Inul Rugi RM500,000 !!

Konsert Inul Batal Lagi, Penganjur Rugi RM500,000

Penganjur IMS Prima Sdn Bhd bukan sahaja terus menanggung malu malah terpaksa menampung kerugian berjumlah setengah juta ringgit akibat pembatalan konsert Inul Daratista buat kali kedua di Malaysia.

Konsert kali kedua Inul itu dijadual berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad ini selepas selepas konsert pertama Inul Live In JB dibatalkan.

Pengurus Besar IMS, Nasir Abu Bakar, memberitahu murai.com.my petang tadi, mereka mendapat tahu mengenai pembatalan konsert di Bukit Jalil, pagi tadi. Katanya, kertas cadangan ini ditolak oleh Jawatankuasa Agensi Permohanan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).

"Ya, kami malu, sedih dan kecewa dengan apa yang terjadi. Kami juga malu untuk berhadapan dengan Inul di atas pembatalan ini. Kami sudah menghubungi Inul di Surabaya untuk memaklumlah pembatalan kedua ini dan Inul nampaknya tenang dan akur walaupun kecewa.

"Pihak kami terpaksa menanggung kerugian hampir RM500,000 termasuk kos pengangkutan, logistik dan promosi.

"Saya juga difahamkan oleh pihak DBKL dan polis bahawa konsert ini ditolak atas sebab keselamatan negara dan bukannya personaliti atau persembahan Inul.

PUSPAL diwakili oleh 20 agensi kerajaan termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Agama Islam dan Jabatan Imigresen Malaysia.
Tag : Inul
0 Komentar untuk "Penganjur Konsert Inul Rugi RM500,000 !!"

Back To Top